Friday, February 18, 2011

Pemandu terlelap!! 10 maut bas terbabas!



MAKLUMAT... anggota peronda Plus bertanyakan sesuatu
kepada pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan
yang mengorbankan 10 penumpang.

IPOH: “Berdasarkan soal siasat, pemandu mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan berlaku. Bagaimanapun, dia bukan di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian adalah negatif,” kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan reman empat hari bermula semalam sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut selain mengumpul maklumat daripada saksi dan pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara cuai sehingga membawa kematian.

“Siasatan juga mendapati pemandu bas memandu dari Klang bermula jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana beberapa penumpang mahu ke tandas.

0 comments:

Post a Comment